Sunday, June 19, 2011

KISAH DUNIA

*malas aku nak design belog ini.sapa nak tolong design kan angkat tiak! haha..panggg!*

tatkala aku kebusanan nak study,maka penulisan ini peneman diri.ekeke.ok haruslah mulakan sesuatu dgn memanjat syukur Alhamdulillah..puja puji bagi Allah yg Maha Suci.sudah terlepas satu dugaan perang saiko sama itu lelaki2 buana..haha. tidak mengapa. kau SRIKANDI UMAR yang gagah berani menegakkan hak.seeee..dapat pulangan kau balik. subhanaAllah. tidak kusangka-sangka rezeki Allah datang bergolek..syukur ya Allah.

Ok tamat disitu.

********************************************

mulakan hidup dengan senyuman yang lebar.tiada yang menyenangkan aku selain disuntik rasa ketenangan dalam jiwa setelah menyelesaikan tanggungjawab fardhu kifayah.syukur Alhamdulillah.aku di takdir Allah melebarkan ukhwah berkenalan dengan seorang lagi saudara Islam. maka bertambah lagi rangkaian ukhwah untuk ku tukar rasa dan buah fikiran tentang kebesaran Sang Pencipta. benar katanya. kadangkala kita diuji Allah dgn menarik nikmat syg manusia pada kita tapi jangan kita lupa apa yg masih ada. satu nikmat ditarik tak mencacatkan rasa kehambaan kau pada-Nya.SOHIH! *senyum comel*

dugaan yang datang bukan HUKUMAN tetapi AMARAN.
atau bukan KEMURKAAN tetapi MENIUP KESEDARAN.

mesti ada kesalahan sehingga aku “dirotan” sebegini oleh Tuhan. berderuan junam air mata menahan “kesakitan”. ya aku insan yang banyak melakukan dosa ya Robb *menangis*
jangan pernah bosan mengajar aku Tuhan mendidik diri menjadi HAMBA YANG TAAT. menjadi WALI YANG TAWADHUK. menjadi BIDADARI BUAT KHALIFAHMU..*menangis lagi*

meski manusia cemuh,benci,lempar tohmahan,baling taikk sekali pun,aku masih punya Tuhan untuk bergantung harap.wasilahnya keluarga dan sahabat. nampak? Tuhan tidak kejam. tidakkkkkkkk. Dia masih merangkul aku menenangkan jiwa yang gundah lara *senyum comel seka mata* 

mama comel selalu pesan,” semua ini sudah tertulis. Allah bg kita pengalaman untuk mengajar diri tentang kehidupan.kalau tak diduga,kita tak tahu kan rasanya?” wah! mama memang tak pernah jemu menyuntik semangat puteri yang cerdik ini.ekeke. bahekk mama. sy akan kuat sebab sy anak mama yang ajaib. boleh x nak jawab gitu? ekeke :P

Apabila musibah bertandang,kau sambut dengan tenang. 

Yes!cepat benar aku belajar.

silibus Tuhan ini terus meresap melekat dalam kepala.jangan pernah mengeluh menerima pendidikan ini.nabi dulu diduga dengan hebat sekali sehingga para sahabat sanggup berganti tidur. subhanaAllah. Setianya para sahabat ketika nabi di “usik” dengan berbagai-bagai,tidak gentar mereka melindungi kekasih Allah yang mulia itu sehingga sanggup patahkan gigi semata mahu merasai derita yang yang sama.subhanaAllah.*insap* 

ok farah.tahap ujian kau baru level “beginner” berbanding ujian “advance” para nabi. jangan pernah mengeluh bila dihidang ujian yang pelbagai rasa dan warna. kunyah dan telan  dengan ikhlas bagai mengunyah udang goreng tepung yang RANGUP bercicahkan sos cili. dihidang pulak dengan nasik lauk ikan parang masak asam pedas berulam pegaga cicah cencalok.perghhh!telan liur aku.haha

“kak fana…jum turun fudkot.ceq lapaqqqq dah”

Bye.

nota kakitangan:terima kasih Allah atas warna-warni kehidupan :)

yang benar,
hamba yang berusaha meraih kasihMU



suka suki


Puja puji bagi Allah akhirnya aku berbelog.warga maya semua,SAYA SUDAH BERBELOG. yeahhhh! :D

*ya Allah,kecohnye budak farah ni* hihi :P

Selamat datang warga baru belog..kihkih..helo my beby belog..anda bakal menjadi teman saya.*wink2* 


Ok maghrib sudah.bye.