Assalamualaikum belog ku sayanggggg.rindu kesumat dendam membara aku sama kamu.HAHA. maaf ya agak kebizian udah lama tidak bersua muka.ayoh kita berdansa sama ini pena maya..ekeke.. :P sudah aku lazimkan diri memuja muji Allah atas setiap permulaan sesuatu perkara. Dengan izin Nya aku diberi waktu untuk bermesra dengan mu wahai sayang ku selepas bergelut dengan annual report angka berjuta-juta..pehhh! pusing mata aku juling.
Alhamdulillah sudah siap assignment berbulan aku tangguh.haha..itu padahnya kau menangguh kerja sampai last minit.eh tidak!aku bergelut dengan dugaan lain sehingga lupa mengadapmu wahai assignment2 ku. Tapi tidak mengapa.sampai saat nafas ku yg terakhir,aku sedaya upaya menyiapkan amanah Allah ini.lihattttt….aku seorang yg bersifat positif.haha.bukan memuja muji diri.ini hanya sebagai motivasi.ekeke..ya! ini lah dia kehidupan sang mujahidah. dugaan datang dari arah yang tak disangka-sangka.malah lebih berat dan hebat dugaan yg datang DARI KAU MENJUNJUNG DAN MENGHUNUS PEDANG! Sampai ada hadis mengatakan menuntut ilmu itu sama taraf nya dgn berjihad..subhanaAllah
*sengih*
Hari-hari berlalu ini diri ku makin disuntik rasa bahagia.kenapa?kerana diriku punya peneman istimewa.lalala
“makin hari akak tengok makin bahagia yaaa farah.sudah ada kekasih hati kah?”
Malu-malu koceng aku dengan usikan seorang sahabat.HAHA.andai boleh aku heboh satu dunia,dengan bangga nya aku jawab YA! AKU PUNYA KEKASIH HATI WAHAI SELURUH BENUA!
Lihatttt…sudah ada mata-mata yg mensinis aku kerna punya kekasih jiwa.HAHA.kau piker SANG AJNABI kah?porahhhh! pantang aku bercanda sama itu ajnabi adabi.bikin sup lagi sedap terasa enak nya. Kemesraan aku simpan seketat-ketatnya untuk hak eksklusif seorang SUAMI. Yah! Ku tanam azam itu seerat-erat nya.ku pegang hasrat itu serapat-rapatnya. *senyum*
Apabila jiwa kau diusik dengan rasa ketenangan,maka nikmat mana lagi yg kau dusta kan?Allahu Allah.. Sungguh aku cakap,harta kekayaan dunia tidak mampu memberi kau kebahagiaan.badan kau solid montoks tak mampu memberi ketenangan.keturunan kau anak puteri raja tak mampu memberi kedamaian.sehingga si miskin hina dina itu lebih mulia dari si kaya raya hanya kerana jiwa nya yang sentiasa tunduk dan redho pada Tuhan.lihat betapa adil Tuhan mengatur kehidupan.MasyaAllah.kaya dan miskin itu hanya subjektif.kedua-duanya sudah diatur Tuhan sebagai kertas ujian kau di dunia.si pencatat markah ada dikiri kanan sentiasa. Pemberi markah kau setia tidak pernah terlena.harus ingat itu sentiasa wahai perhiasan dunia. *senyum lagi*
Dahulu aku hamba yang jahil wahai Tuhan.hamba yang degil dan ingkar pada arahanMu. Sungguh kelam hati ini teraba-raba mencari sehiris cahaya. Sampai disuatu masa kau “merangkul” dan “mendakap” aku dari terus dihumban ke lembah jahanam.Allah..menitis air mata ini mengenang dosa lama.tatkala manusia mencemuh aku bagai sehelai kain buruk perca,Kau datang mengutip,membersihkan aku dari kotoran dan jijik hina.terima kasih Allah.*menangis*
Aku rela “dirotan” hari ini dari diseksa sekeras-kerasnya dalam liang lahad.
Ya Allah..betapa sayangnya Kau pada aku sehingga memberi kelonggaran azab yang bakal dihidang kan dengan kesakitan hari ini.*menangis*
rebah dahi aku sujud padaMu.ajari aku Tuhan menjadi hambaMu yang tahu diuntung!bimbing aku Tuhan menjadi hamba yang tahu bersyukur!didik aku Tuhan menjadi hamba yang mengenang budi! *menangis lagi*
Dan hari ini aku menjadi perempuan yang berjiwa besar.datang lah apa sahaja dugaan aku tenang menempuh kerna aku punya Tuhan yang tenang disisi.*senyum seka mata*
Macam-macam hamburan dan cacian aku terima dengan tenang.wahai manusia seluruh alam,saya seorang hamba yang cuba perbaiki diri dengan peristiwa semalam.terima kasih atas segala cerca anda.saya cedok itu semua sebagai kekuatan untuk menjadi gadis yang supan santun dan lunak hatinya.rata-rata mengandai “FARAH KASAR MULOT PUAKA” kerana aku terlalu lantang apabila bersuara sampai ramai yang TERSENTAP.hehe.tak mengapa.saya kutip segala tohmahan sebagai penghapus dosa hari ini dan semalam.kejian itu saya sambut dengan huluran TERIMA KASIH DAUN KELADI. Usah khuatir.saya sedang berusaha menjadi hamba yang jiwanya tidak GOYAH sama ANCAMAN manusia meski nyawa dan maruah menjadi taruhan. insyaAllah.
Dan hari ini hoyehhh!
Aku mampu tersenyum lagi apabila Tuhan datang kan aku sahabat baru yang dahulu selisih bahu pon aku tak perasan.HAHA.bukan seorang.ramaiiiiii.berbondong-bondong datang menyapa bertanya kabar. MAHA SUCI ALLAH.
Betapa Allah sekelip mata boleh memusingkan dimensi dunia dengan warna-warni indah ukhwah kerana Nya.syukur ya Allah. Aku sedikit pon tidak terkilan sahabat yang ku sangka sejati,teman dikala suka dan duka hilang sekelip mata. Kerna apa?kerna Allah sudah menarik balik pinjamanNya dan mengganti kan dengan yang lebih baik.yahhh! srikandi umar harus berfikiran terbuka dan bersangka baik sentiasa.ekeke. :P dan apabila Dia berkehendak sesuatu perkara,siapa kau untuk menghalang? *senyum comel*
nota kakitangan: terasa ingin memangku bayi.arghh!tadapat beby,anak koceng pon jadi.haha :P
No comments:
Post a Comment