Puja puji bagi Tuhan Pemilik langit dan bumi.dgn lafaz Bismillah,ayuh tekan minyak dan go!
“farah,sejak-sejak ni akak tgok farah mcm ada masalah.nape ya?boleh crita pada akak?mungkin akak boleh bantu”
Pheeewww..lega hati aku weh dgn soalan lunak sebegini oleh hamba Allah yg aku syg.begini caranya mahu approach manusia bukan main bantai hentam macam manusia tak berTuhan!haha.mengganas aku balik.
Ok kesini kau yg konon mengaku belajar agama sampai mesir tapi bagi aku kau macam budak belajar agama tak habes!haha..mari mari aku kasik bentang sama kau bagaimana caranya mengajar manusia.
Ok kesini kau yg konon mengaku belajar agama sampai mesir tapi bagi aku kau macam budak belajar agama tak habes!haha..mari mari aku kasik bentang sama kau bagaimana caranya mengajar manusia.
Harus dimulakan dengan peringkat paling asas sebelum kau melangkah ke PHD.apa dia peringkat asas itu?BELAJAR KENAL TUHAN.sebab apa aku cakap kenal Tuhan dahulu sebelum kau mencanak memaki hamun PENDOSA-PENDOSA ini?supaya kau tahu kedudukan kau sebagai HAMBA!
Jadi bagaimana itu wahai farah yg comel lagi cerdik?haha.
menggunakan AKAL,HATI dan NAFSU.
Kenapa Allah bg akal?
Untuk kau FIKIR,FIKIR,FIKIR membangunkan kembali AGAMA ALLAH
Kenapa Allah bg hati?
Untuk mengenal perkara GHAIB,AJAIB,PERKARA HEBAT YG TAK MASUK DEK LOGIK AKAL
Kenapa Allah bagi nafsu?
Untuk merangsang mengorak langkah bergerak kehadapan SELAMAT KAN UMMAH.
ada apa pada akal,hati dan nafsu ini?yaaa..untuk meletakkan paksi bahawa dunia ini adalah kerajaan Tuhan.apabila ketiga-tiga elemen ini tidak diguna pakai,sebab itu manusia LANCANG MENCABAR siapa TUHAN!
ramai manusia berakal tapi lupa untuk meletakkan hatinya pada Tuhan.kerana apa?kerana NAFSU DAN AKAL melebihi HATI.
Hanya HATI yg mampu mengenal siapa Tuhan.
AKAL tidak akan mampu mengenal Tuhan
NAFSU tidak akan mampu mengenal Tuhan.
Ada apa ya pada HATI?disitu lah letaknya TUHAN.disitu kau merasai segala kemanisan iman.disitu kau memahami erti KEHAMBAAN.disitu kau merasai kepahitan bermujahadah.dan akhirnya,kau temui KEBAHAGIAAN.orang yang hatinya mati tak kan mampu rasai semua ini sebab itu MENJALANG SANA SINI.
Dan aku TEGASKAN DISINI.jangan kau salahkan PENDOSA-PENDOSA kepala telanjang ini kerana hati mereka sudah dihijab dgn anasir-anasir keji.
jadi apa natijahnya?yaaa…NAFSU SEDANG MENGAWAL MEREKA.kerana apa?kerana lemahnya kekuatan HATI.
Akal menghantar isyarat menginginkan sesuatu. nafsu memacu pula dengan serakahnya untuk melunaskan apa yg tertunggak. Jadi apa yg menyelamatkan jiwa-jiwa kudus dgn kasih syg ini?HATI lah wehh!disitu letaknya IMAN,KETAKUTAN,KESEDARAN,KEINSAFAN.paham?
dan aku ULANG.
Mereka yg berHATI saja mampu mengupas perkara yg TERSIRAT dengan soalan-soalan yg tak tercapai dek AKAL manusia.barangsiapa yang berjaya MERDEKAKAN HATI nya dari cengkaman AKAL dan rakusan NAFSU,dia lah jiwa yang selamat.
MAKA,kau yang disana yg seronok mengkritik dan menghambur kata nista pada manusia tanpa belas kasihan menghukum bagai TUHAN,aku berani tuntut pada kau untuk bentangkan JALAN KELUAR atau SOLUSI masalah ummah ini.bukan aku membela si pendosa.tapi ini lah dinamakan KEADILAN.
ADIL dari segi apa?
Adil dari segi rohaniah,jasmaniah.
Roh mereka sedang meraung-raung minta diselamatkan sedang jasad mereka masih ingkar dengan perintah Tuhan.ada pendebatan dan perbalahan hebat sama roh dan jasad.
Jadi bila kau terus MENCELAH dgn menghidangkan HUKUM HAKAM mulia tanpa kau selidik dulu pokok pangkal umbinya,memang kau mencari nahas!
Kesannya,yg bertudung labuh berkopiah ni dibenci oleh yang kepala telanjang.
Jadi salah siapa?Salah kau lah wehhh yg belajar agama tak habes!
Sampai dalam kepala hotak mereka terus meletakkan prejudis,
“ala pakai tudung labuh pon dalam hutan mengangkang jugak”
“ustaz pon wat maksiat weh.kena cekup ngn anak dara orang”
"kau tayah nak bajet sini.pergi mati sana!"
Haaa..sentap tak?padan muka kau sbb kau punca!menghambur maki sana sini tak ingat dunia.habes siapa nak pandu dunia ini kalau dah semua pergi mati??
Ok tamat disitu sebelum aku jadi hemo terlebey.hemo tapi comel tak pe kan?haha :P
Mari fikirkan pula bagaimana solusi terbaik untuk masalah umat ini
PERTAMA:buang BODOH SOMBONG tak tentu pasal kau tu.buang semua PERPUAKAN sebab aku pantang ada PERBEZAAN dalam melaksanakan agama.yg tudung labuh duduk sama tudung labuh.yg kepala telanjang maki hamun tudung labuh.natijahnya?BERPECAH UMAT ISLAM.
Tak berdosa pon kau g hulur salam sesama jantina melebarkan ukhwah.tak tercalit pon kekotoran kau g lepak2 sama-sama penzina.amboih suci sgt kau sampai tak leh bercampur sama si noda ini?nak saja aku ludah kat muka kau biar tahu asalnya ka upon dari HINA DINA! Hahahambekkkk..
Maka dengan itu kita saiko sama mereka.tengokkk..ini strategi aku okeh..haha.mcmana farah?
Mulakan dgn wajah MANIS dan SENYUM.kalau kau muka pon kelat,mencik taw org tengok muka kau.lepastu,pergi sapa dia hulurkan salam ukhwah.tak rugi weh kau kawan semua orang hatta si penagih dadah tegar itu pon Allah tak cipta kan dgn sia-sia.kenapa Allah cipta mereka yg kekurangan ini?supaya kau yg lebih ini menampung mereka DAN kau boleh mencedok ibrah dari ujian yg Allah bg kat dia TAPI TAK BAGI KAT KAU.nampakkk??? disinilah bermulanya konsep GIVE AND TAKE. SHARING IS CARING. WE CARE WE SHARE.ok itu PRS.promot sikit.HAHA :P
Dan apabila strategi pertama kau dah berjaya dengan cemerlang,gemilang dan terbilangnya.ececehh. :D
Mari melangkah masuk ke fasa seterusnya.
KEDUA:FAHAMI MINAT DAN KEGEMARAN MEREKA. Macam kau nak beli baju la kan.harus kau lihat jenis kain,harga,jenama,cara menjaga,diskaun(aikk!pantang taw aku dgr diskaun.dasar kuat shopping!hihi) sebelum kau menghulur wang dan dengan lafaz ijab dan Kabul,barang itu sah milik kau.haha.
Sebab tu aku cakap kau nak “beli” orang,kau jangan main terjah sesuka hati palotak kau.kena selidik dahulu latar belakang,taraf pendidikan,cara berfikir,minat dan perwatakan.dari situ baru kau paham betapa TUHAN MAHA MENCIPTA makhluk yg punya perbezaan bau,rasa dan warna.hehehe.
Jadi,lepas dah paham minat “mangsa” kau ni,tarik slow2 menggunakan alat paling berkesan.apa alat itu?balik kepada MINAT dia tadi dan kembangkan kepada sudut lain.pehh!ayat aku pusing2.kau baca mesti juling.haha..begini,analogi mudah.perempuan sukakan kecantikan.mekap la org kata kawan karib perempuan.konpem la perempuan yg obsess dengan mekap ni dok cte 24 jam pasal mekap,mac,maybelline..bla bla..lipstick..bla..bla..eye shadow..haihhh!letih weh nak tadah telinga.haha.TAPI jangan kau pertikai sedangkan kau tahu hukumnya haram berlebih2an dalam mekap.kau relek je dengar semua sebab dia tengah seronok bercerita.
Dan bila dia berhenti,giliran kau pulak tunjuk bakat.haha.KECANTIKAN ni kau jangan kecik kan pikiran otak kau tu dgn mekap je.cuba tarik dia dengan tudung pulak.
“aah la minah.pandai kau mekap.aritu kan aku nampak kak bedah mekap macam kau jugak tapi dia pakai tudung letak cekak liplap atas tu.cantikkk sgt.pastu ada lak pin bunga2 comel.muka kau pon sesuai pakai tudung sebenarnya.cuba kau tengok yuna.comelkan dia pakai tudung.haaa..style cmtu la kak bedah tu pakai.simple gile ah dia pakai cmtu g kelas”
Kau tak rasa ke si minah ni tercabar ada perempuan lain lagi cantik dari dia?dan macam keji kan aku ransang dia pakai tudung sebab CANTIK.HAHA.aku tegaskan kat sini.tak semua okeh boleh pakai cara ni.ini cara paling BAWAH sebab manusia ni jenis kalau berkorban nak ada pulangan.memang mula2 dia slow2 pakai on off tapi lebih baik dari tak pakai terus kan?didik dia perlahan bagai mengajar bayi bertatih.ngerti?
Maka nya,kau harus PAHAM dan SELIDIK dulu tahap dan level mereka ini sebelum memulakan strategi.
Kita makhluk Tuhan yg punya berbeda-beda fikrah dan tahap pemikiran akal.
Selalu aku pesan pada diri.
JANGAN dicemuh yg kurang.
JANGAN dihina yg lemah.
JANGAN dibuang yg kotor.
Bagai kau kutip anak kucing kurap jalanan.belai,rawat lukanya,cuci bulunya,bagi makanan yg sihat supaya besar nanti kucing itu jadi gebu dan gemok.ehehe :P
DAN segala aku membebel kat atas ini sekali lagi aku tegaskan,bukan semuanya begitu.ada yg bagus budi pekertinya menegur secara berhikmah.TETAPI,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.jadi apa harus kita buat?
Tukarkan mentaliti kerana golongan kita inilah PEMULA,PERINTIS,PENERACU menuju kebangkitan ISLAM di BUMI ALLAH ini. Kalau bukan kita,siapa lagi? hoyeahhh!bersiap sedia dgn bala tentera, perisai dan senjata.SRIKANDI UMAR SUDAH DATANG.masa untuk lena sudah tamat!
Ayohhh sama-sama berganding bahu berjuang sebelum kelak kau disoal depan Allah!
*semangat al-Fateh*
Nota kakitangan:peringatan KERAS buat aku.bahasa sudah di edit supaya lebih supan untuk semua jenis umur.ekeke :P
No comments:
Post a Comment